Friday, November 23, 2012

Konvokesyen Taska Aiman



Ibu bapa yang hadir memeriahkan masjlis.
Hari ni berlangsung Majlis Konvekesyen Taska De' Sayang tempat Aiman belajar di tahun 2012 ni. Untuk tahun depan belum tahun lagi kat mana.

Persembahan Nasyid

Agak meriah majlis ni. Memandangkan ini adalah yang pertama kali sejak penubuhan Taska ni di KPT ni. Macam biasa ibu bapa adalah yang paling teruja untuk menyaksikan persembahan anak masing.

Tarian Pop Yeh Yeh
Antara persembahan yang dijalankan adalah bacaan doa, nasyid, tarian gangnam style, chicken dance, bacaan, pertandingan pakaian beragam. Aiman menyertai persembahan Nasyid, Tarian Pop Yeh Yeh dan Membaca cerita.


Aiman membaca cerita pendek.
Syukur Alhamdulillah Aiman berjaya menamatkat Taska dengan cemerlang. Walaupun sekadar di tempat keempat dalam peperiksaan. Pihak Taska memberi pengiktirafan sebagai pelajar terbaik keseluruhan untuk 2012. Semoga dia dapat menjadi lebih baik dengan anugerah yang diberi itu.

\Sebahagian peserta pertandingan pakaian beragam.


Acara kemuncak yang agak mengejutkan kami kerana tidak diberitahu bahawa Aiman akan mendapat anugerah TOKOH PELAJAR TASKA DE' SAYANG. Walaupun anugerah tak seberapa itu, ianya amat memberi kesan kepada kami ibu bapa. Sangat terharu sekali.




8 comments:

  1. Congrats Aiman....Aiman boleh!

    ReplyDelete
  2. wahhh aiman, tahniah. moga apa yg dicapai ketika muda ni, akan berterusan sehingga dewasa, insyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Tahniah aiman n papa aiman, ....kena share ilmu parenting nanti ni...best student tu.....congratsss!

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he .. tak ada apa2 ilmu pun mass. Cuma tambah sikit2 dari yang dia belajar kt taska. Banyak yang dia belajar masa kat Taska JPM last year, diorang ajar betul2 bagus/tegas. Jadi budak2 takut sikit. Ramai budak sana yang berjaya terutama dlm pertandingan dan terbaik di sekolah rendah.

      Delete
    2. Ooo...yeke lan...bagus taska jpm tu yek+kena ulangkaji dkt umah gak yek. Ada kasi anak mkn ubat/ vitamin tak? Kalu ada...share2 la....huhuhu. aiman pandai mengeja membaca dr umur bape?

      Delete
  4. Meriah tadika sekarang.....
    Siap ada convo lagi....
    Zaman AJ takde pun....
    Heehhhhehehhe......

    P/s : Baru dapat komen blog ni....
    Aritu ada malware, AJ tak boleh baca blog ni tau.....

    ReplyDelete

Roslan Putra menulis...