Friday, June 8, 2012

Percutian di Pulau Pinang

Awal Mei hari tu kami sekeluarga ke Pulau Pinang. Agak lama tidak ke mana-mana. Isteri nak cuba suasana Pulau Pinang. Macam mana makanan, pemandangan dan kehidupan kat sana. Kami menginap di sana dalam 3 hari 2 malam. Tak banyak tempat yang dapat pergi. Sebab ada bebrapa masalah kecil berlaku.
Hari pertama bila sampai di Penang kami check in di 1926 Heritage Hotel. Agak menarik hotel ni. Bangunan lama bagi Pegawai British zaman dulu-dulu yang telah diubahsuai.

Jalan di Pulau Pinang tak berapa sibuk sangat dihari minggu terutama waktu pagi. Tapi banyak jalan sehala yang agak mengelirukan kami sebagai pelancong yang pertama kali singgah di Penang. Keadaan untuk berjalan-jalan di PPinang bergantung sepenuhnya kepada GPS dan tanda arah. Kalau takda GPS sampai ke sudah sesat laa.
Masalah yang dihadapi ketika mula-mula sampai adalah untuk cari makanan melayu. Berdekatan hotel sukar sikit, bila petugas hotel katakan restoran melayu agak sukar ditemui dan kena pergi jauh sikit lah.
Yang ada sekitar kawasan itu kebanyakan masakan India Muslim. jadi kami cubalah makan nasi kandar. walaupun tak pandai sangat cara makan yang sebetulnya. Akibatnya perut-perut yang tak dapat terima makanan sebegitu meragam laa. Jadi 2-3 hari ni sana asyik kena cari toilet lah. entah berapa kali tak terkira pulak. Sakit dan penat.
Amin pulak agak teruk pada hari ketiga percutian. Demam dan muntah-muntah. Hingga terpaksa dibawa ke hospital. Hampir seminggu baru keadaan dia kembali normal. Tak dapat pasti apa sebenar yang terjadi, samada keracunan atau sebab perubahan cuaca dalam perjalanan yang panjang.

Antara tempat menarik sempat singgah ialah :-

1. Batu Feringgi
2. Toy Museum
 Toy Museum



  
Depan Toy Museum

  Kota Fort Cornwalis



 Makan Pasembur, Mee Udang dan Cendol di Padang Kota

 
Di kaki Bukir Bendera

 

   Tren Bukit Bendera

  Scenic View aras 60 KOMTAR

 



3. Bukit Bendera
4. Menara Komtar
5. Padang Kota
6. Fort Cornwalis
7. Feri

Tempat yang nak pergi tak sempat:-
1. Pasar Chowrasta
2. Nasi Kandar Line Clear/Beratoq
3. dll

Disebabkan banyak ragam dan kepenatan masing-masing terutama anak-anak, banyak tempat yang tak sempat singgah. Apapun perjalanan dan percutian tersebut amat memberi erti.

6 comments:

  1. Belum sampai agi kat Pulau Pinang...sonok tengok ...:)

    ReplyDelete
  2. waduhhh, toy museum r...ni yg teringin nak pi nih...tp memandangkan cuaca skrg tak berapa nak baik, nak jalan jauh pon rasa takut..tgu cuaca dah tenang dlu..

    ReplyDelete
  3. wahhh..bestnya dapat berjalan2.. tak pernah lagi jejak tpt2 mcma ne..

    ReplyDelete
  4. satu destinasi yg menarik... cuma penat sbb travel jauh...

    ReplyDelete
  5. best mmg best kan tapi panasnyer.....errkkkkkk

    ReplyDelete

  6. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete

Roslan Putra menulis...